Keputusan Pilihan Raya كڤوتوسن ڤيليهنراي Muhyiddin_Yassin

Parlimen Pagoh

Pilihan Raya Umum Malaysia 1978

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 pada 8 Julai 1978 hingga 22 Julai 1978, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20,128.

Calon lawan ialah Ustaz Abdul Wahab Abdul Rahman dari PAS mendapat 3,260 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 88.92%.Undi rosak sebanyak 1,258.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1978P104 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin20,128Menang
Ustaz Abdul Wahab Abdul Rahman3,260Dicalonkan

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982 hingga 26 April 1982, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19,035.

Calon lawan ialah Tuan Sumadi Ahmad dari PAS mendapat 2,652 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 74.86%. Undi rosak sebanyak 1,234.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982P104 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin19,035Menang
Tuan Sumadi Ahmad2,652Dicalonkan

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 pada 24 April 1995 hingga 25 April 1995, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21,856.

Calon lawan ialah Tuan Rosdan Taha Abdul Rahman dari Semangat 46 mendapat 4,257 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 70.68%. Undi rosak sebanyak 1,379.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995P127 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin21,856Menang
Tuan Rosdan Taha Dato' Abdul Rahman4,257Dicalonkan

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 pada 29 November 1999, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20,132.

Calon lawan ialah Tuan Elias @ Alias Haji Shamsir dari PKR mendapat 7,282 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 71.19%. Undi rosak sebanyak 913.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999P127 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin20,132Menang
Tuan Elias @ Alias Haji Shamsir7,282Dicalonkan

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23,679.

Calon lawan ialah Ustaz Mohamed Awang dari PAS mendapat 4,932 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 65.43%. Undi rosak sebanyak 923.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin23,679Menang
Ustaz Mohamed Awang4,932Dicalonkan

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21,028.

Calon lawan ialah Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz dari PAS mendapat 8,447 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 75.70%. Undi rosak sebanyak 787.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin21,028Menang
Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz8,447Dicalonkan

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran buat kali yang pertama kalinya dalam sejarah hidup beliau pada 9 April 2009.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri, belakang) ketika Majlis Pengumuman Manifesto Barisan Nasional oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum Pilihanraya Umum Malaysia 2013

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 pada 5 Mei 2013, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26,274.

Calon lawan ialah Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz dari PAS mendapat 13,432 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 86.79%. Undi rosak sebanyak 906.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2013P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin26,274Menang
Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz13,432Dicalonkan

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, beliau sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia buat penggal kedua selepas pertama kali dilantik pada tahun 2009.

Beliau digugurkan dari senarai Kabinet Malaysia 2013 pada tahun 2015 selepas membuat teguran kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkenaan salah tadbir urus 1Malaysia Development Berhad dan "derma" RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadi Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018

Pagoh
Kawasan pilihan raya Johor
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
DRM
 
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
PPBM
Kawasan pilihan raya diwujudkan1974
Dipertandingkan terdahulu2013
Dipertandingkan terkini2018
Demografik
Pemilih (2018)[28]51,512
Luas (km²)[29]1,258

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili parti Pakatan Harapan. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23,558.

Calon lawan ialah bekas timbalan beliau di UMNO Bahagian Pagoh, Tuan Haji Ismail Mohamed dari BN mendapat undian sebanyak 16,631 dan Tuan Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz dari PAS mendapat undian sebanyak 2,483. Peratus pengundi yang keluar ialah 84.18%. Undi rosak adalah sebanyak 693.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin23,558Menang
Tuan Haji Ismail Mohamed16,631Dicalonkan
Tuan Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz2,483Dicalonkan

Dewan Negeri Bukit Serampang

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 pada 2 Ogos 1986 hingga 3 Ogos 1986, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Bukit Serampang, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang tanpa bertanding.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986N05 Bukit Serampang
Calon Parti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin YassinMenang Tanpa Bertanding

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim buat kali pertama dalam hidup beliau menggantikan Dato' Abdul Ajib Ahmad.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1990

Bukit Serampang
Kawasan pilihan raya Johor
Kawasan pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Negeri Johor
Kawasan pilihan raya diwujudkan1959
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan2018
Dipertandingan terdahulu2013
Demografik
Pemilih (2013)21,429

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 pada 20 Oktober 1990 hingga 21 Oktober 1990, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Bukit Serampang, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 9,260.

Calon lawan ialah Tuan Haji Omar Lambak dari Semangat 46 mendapat 2,240 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 411.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1990N05 Bukit Serampang
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin9,260Menang
Tuan Haji Omar Lambak2,240Dicalonkan

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua sehingga tahun 1995.

Dewan Negeri Gambir

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018

Dewan Serbaguna Bukit Gambir adalah tempat utama aktiviti beliau selaku Ahli Dewan Negeri Gambir
Gambir
Kawasan pilihan raya Johor
Kawasan pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Negeri Johor
DUN
 
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
PPBM
Kawasan pilihan raya diwujudkan2004
Dipertandingan terdahulu2013
Dipertandingkan terkini2018
Demografik
Pemilih (2018)22,726
Luas (km²)219

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili parti Pakatan Harapan. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Gambir, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 10,280.

Calon lawan ialah Datuk Asojan Muniandy dari BN mendapat undian sebanyak 7,192 dan Dato' Dr Mahfodz Mohamed dari PAS mendapat undian sebanyak 1,806. Peratus keluar mengundi adalah sebanyak 86.51%. Jumlah undi rosak adalah sebanyak 383.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018N09 Gambir
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin10,280Menang
Datuk Asojan Muniandy7,192Dicalonkan
Dato' Dr Mahfodz Mohamed1,806Dicalonkan

Rujukan

WikiPedia: Muhyiddin_Yassin http://img.astroawani.com/2013-03/41363993631_295x... http://intrend.astroawani.com/detail/perkahwinan-m... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/56-adun-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/foto-malaysia/mengenangm... http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1462150 http://2.bp.blogspot.com/--jgil5bA5mo/VWFb5qrdXXI/...